Persatuan Pemandu-Pemandu Teksi/KeretaSewa Pahang Timur ditubuhkan 13hb. Disember 1969. dikenali dengan PEPAT dan seramai 45 orang pertama peringkat penaja, beroperasi di 101, Jalan Mahkota, 25000 Kuantan Pahang sehingga sekarang. Pada masa sekarang, ahli peringkat penaja hanya tinggal 3 orang saja lagi yang masih hidup manakala yang lain telah meninggal dunia. Sehingga kini ahli Persatuan PEPAT berjumlah 480 orang dan 80% darinya masih aktif menjalankan perkhidmatan manakala bakinya berhenti atas faktor kesihatan dan ada yang bertukar kerjaya. Pada tahun permulaan penubuhannya terdapat 25 buah Keretasewa dan 4 buah Teksi Bandar yang beroperasi dalam daerah Kuantan. Pengkalan 101, Jalan Mahkota pada masa itu adalah tapak paya bakau dan hasil usaha ahli ahli lama dengan bantuan, sumbangan dan peruntukkan Kerajaan Negeri kawasan paya tersebut berjaya ditambun dengan tanah, dimana sebanyak 100 lori tanah bukit telah ditambun dan diratakan dikawasan tersebut. Dari maklumat dan perceritaan ahli ahli lama tanah bukit yang telah dibeli ialah dari bukit sekitar Kuantan ketika  itu antaranya Bukit Setongkol, Bukit Sekilau dan Bukit Semambu. Atas keperhatinan Menteri Besar Pahang pada ketika itu, YB. Dato' Rashid beliau telah meluluskan peruntukkan pembangunan kawasan pengkalan teksi iaitu meluluskan untuk menambak dengan tar di tempat tersebut dan memluluskan peruntukkan membina bangunan pejabat teksi. Bangunan tersebut masih digunapakai sehingga sekarang dan masih utuh. Sekitar tahun 1970-an Persatuan PEPAT membentuk satu kumpulan Kugiran (Kumpulan Gitar Rancak) dimana ahli kumpulan terdiri dari kalangan pemandu Teksi/Keretasewa yang berkebolehan memainkan alat muzik. Seramai 10 orang ahli Persatuan menjadi anggota Kumpulan Kugiran tersebut termasuk 2 orang penyanyi utama. Hasil kesungguhan kumpulan ini mereka sering diundang mengadakan persembahan makan malam, kenduri perkahwinan dan majlis majlis lain yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri. Disamping untuk berhibur ia juga menghasilkan sumber pendapatan sampingan pada ahli ahli teksi yang terlibat dengan kumpulan kugiran. Salah seorang ahli kumpulan yang popular dan dikenali ramai sekitar Kuantan, Pekan, Rompin dan Maran ialah arwah Shaari Bin Sabtu, beliau seorang peniup seksofon dan merupakan ketua kumpulan ini. Beliau digelar Kassim Selamat disebabkan hasil tiupan seksofon menyerupai seperti Kassim selamat dalam filam P.Ramlee Ibu Mertuaku dan memukau sesiapa sahaja yang mendengarnya.                                    

 
Make a Free Website with Yola.